CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 5 October 2011

Bagaimana menjadi guru yang sentiasa dekat di hati pelajar?

1. Sentiasa hadir ke sekolah ; Tempat seorang guru adalah bersama pelajarnya. Kehadiran tetap satu kemestian.'Guru tetap' yang kurang sihat 10 kali lebih baik dari 'guru ganti' yang sihat. Berbanggalah dengan rekod kedatangan yang sempurna.

2. Sentiasa ada apabila diperlukan; Bantulah mereka sentiasa, sebelum waktu sekolah, waktu rehat atau selepas sekolah.

3. Sentiasa mengenal pelajar secara dekat; berbual mesra dan bertanya soalan peribadi.Mulakan dengan menghafal dan mengingati nama mereka.

4. Sentiasa kenal ibu bapa pelajar ; berbual dan mengenali ibu bapa pelajar membantu meningkatkan prestasi dan kesantunan pelajar. Dapatkan nombor telefon ibu bapa pelajar SEGERA..

5. Sentiasa tahu apa yang diajar; bersedialah sebelum mengajar supaya tidak menyesal semasa meninggalkan kelas!

6. Sentiasa menghadiri setiap acara sekolah;menunjukkan sikap anda yang mengambil berat dan menyokong mereka.

7. Tinggal di kejiranan sekolah; Lebih kerap pelajar melihat anda,lebih baik sikap dan kelakuan mereka di kelas.

8. Sentiasa makan di kantin sekolah; Tunjukkan anda sentiasa berusaha mengenali mereka.


9. Sentiasa berlaku adil;Nilai dan layanlah pelajar berdasarkan kemampuan mereka.

10.Tidak akan hilang sabar;walau apa jua yang berlaku..........







1 comment: